Parents aku pernah tanya, nanti dah grad nak kerja apa. Aku takde jawapan lagi untuk tu. Pasal aku pun tak tahu lagi hidup aku macam mana tahun depan, dua tahun akan datang, tiga tahun akan datang. Tapi rancangan sendiri memanglah dah ada.
Parents aku cakap, baik kerja government. Apa yang bagusnya kerja dengan government ni? Setakat ilmu aku ni, yang aku tau kalau kerja dengan government ada pencen, interest kalau buat loan pun rendah, ada la elaun itu ini sikit.
Tapi aku taknak. Sebab berdasarkan pemerhatian aku yang hidup hampir 20 tahun ni, kebanyakkan government servant ni malas sikit dan kurang daya saing. Yelah, memang confirm kan akhir bulan dapat gaji. Buat kerja ke tak buat kerja ke gaji jalan je. Ada seorang cikgu aku pernah cakap dalam kelas macam ni,
"Awak belajar ke tak belajar ke, cikgu takde efek. Gaji cikgu tetap jalan. Awak yang rugi kalau awak tak belajar. Cikgu tak rugi apa-apa. Kalau cikgu tak mengajar pun gaji cikgu tetap jalan".
And from that moment, aku hampir hilang respek pada cikgu, sebab niatnya nak gaji, bukan nak mengajar. Plus, aku tak pernah bercita-cita pun nak jadi cikgu. Bukan hold grunge, cuma, ntah. Tak berminat. Tak ada bakat nak mengajar.
Kalau tengok kerani kerajaan pun sama. Bila aku nak pinjam buku kat library universiti, sempat la aku pandang screen komputer dia, facebook! Bila aku pergi jabatan kerajaan terutama pejabat tanah atau pejabat perancangan bandar untuk buat assignment, pandang screen komputer diorang, facebook!
Lepastu bila nak selesaikan urusan yang simple gila, makan masa yang sangat lama.
Contoh sem lepas, aku nak buat carian hak milik untuk tanah lot dekat somewhere, perghhh kemain lama nak tunggu. Padahal proses dia senang je, taip nombor lot dalam sistem, dah dapat tau siapa pemilik tanah tu. Bila tanya kat orang ni, dia suruh tanya kat orang tu. Main pass pass.
So, I've made my mind yang aku taknak kerja dengan kerajaan. Biar susah dari mula pun takpe, biar gaji sikit pun takpe. Fresh grad takkan la terus boleh dapat gaji yang kita nak. Mula-mula jadi kuli pun aku tak kisah. Well, takkan baru dapat kerja terus jadi boss kan? Habis employees yang lama tu nak letak mana, betul tak? They'll be senior walaupun pangkat berbeza. Lainlah kalau ayah aku CEO mana-mana company.
Lagipun aku rasa bila kerja dalam private sector, rasa secure tu tak ada. Therefore akan meningkatkan lagi productivity. Pada pendapat aku lah.
And aku suka tengok cara orang cina bekerja. Tengok effort diorang. One of my senior ada practical kat firm milik orang cina, and everyday kerja dia buat report. Balik dari inspection pun kena buat report. Selagi tak perfect, selagi tu kena redo. Dia cakap memang seksa, tapi imagine ilmu yang dia dapat, pengalaman yang dia dapat. No? By the time segala ilmu dengan pengalaman dia tu dah cukup, dia boleh bukak firm sendiri dah. Kan?
Macam mana dengan masa tua aku nanti kalau aku tak ada pencen? Well, aku boleh beli annuity.
Interest rate tinggi? Nak taknak, I'll have to deal with it.
Tapi kalau Allah dah tetapkan aku kerja dengan kerajaan, who am I nak tolak the takdir. But I'll try to change my destiny though. But maybe waktu aku nak kerja nanti etika dan integrity government servant ni dah bertambah baik, who knows?
Whatever it is, be positive, stay classy, keep calm and be yourself. Peace :D
p/s : I'm totally against racism even study kat 'universiti tolong melayu'

2 comments:
keep calm and move on .
Keep calm and blogging. Cewah.
Post a Comment