Tuesday, March 8

Selamat Hari Wanita Sedunia

Dan aku memang selalu terlambat . Fuh fuh , dah berhabuk blog ni .

Jari aku tak berapa rajin untuk menaip entri baru , dan otak aku tak berapa rajin berfikir idea baru , belakangan ni . Bukan aku sengaja selimpat .

Semua orang lihat diri sendiri dalam cermin hari hari , melainkan kau duduk dalam hutan Amazon dengan Jaguar dalam cerita Apocalypto . Pernah sekali kau fikir apa yang kau lihat dalam cermin itu akan hilang , suatu masa nanti ? Pernah sekali kau bayangkan mata kau kabur , suatu masa nanti ? Pernah sekali kau cuba bayangkan hidup dengan orang sekeliling terpaksa cakap berulang kali sebab kau tak dengar ?

Kecantikan fizikal suatu masa nanti akan hilang .
Kesempurnaan itu tak pernah wujud .

Aku mahu menaip tentang perempuan , kerana perempuan adalah ciptaan yang paling kompleks , komplikated .
Kalaupun seorang lelaki cuba untuk menjadi perempuan , dia tak merasa sendiri kepayahan itu . Aku belum pregnant , jadi aku tak tau apa rasanya bawak dua tiga kilo ke mana mana , apa rasanya melahirkan manusia .

Dari segi kekuatan fizikal memang aku tak nafikan lelaki lebih , tapi dari segi emosi perempuan lebih kuat .
Dalam Al-Quran sendiri Allah firmankan Surah Maryam , besar pengorbanan wanita yang mengandung tanpa suami . Ahh ilmu dalam dada aku belum cukup untuk aku sebutkan satu persatu nama perempuan yang teragung di dunia .

Dan aku sangat kagum dengan setiap ibu yang membesarkan sendiri anak mereka . Susah payah buat semua kerja . Tak perlu pandang jauh , mak aku sendiri dah cukup . Setiap petang lepas balik kerja dia akan siapkan makan malam untuk keluarga . Pagi pagi dia orang pertama yang bangun . Sabar betul kejut aku yang super susah bangun untuk solat subuh . Kesian dia .

Pagi semalam nenek aku buat pembedahan mata , makan masa sejam setengah jugak . Wanita yang berjaya lahirkan 9 orang anak , dan membesarkan 7 daripadanya hingga semua berjaya . Ouh , 2 orang pakcik aku meninggal masa kecik . Kalau nak dibandingkan zaman dulu dengan sekarang , besar sungguh beza . Dialah yang ajar aku memasak , yang ajar aku buat ketupat *tapi aku dah lupa -.-"

Bila aku tengok nenek aku , aku bayangkan diri aku kat tempat dia . Suatu masa nanti kulit aku semua kedut , mata aku kabur , rambut dah tak hitam , orang sekeliling kena bercakap ulang ulang kali sebab aku tak dengar . Makan aku kena pantang , ubat kena telan hari hari , setiap malam badan rasa sengal . Aku rasa sedih bila bayangkan diri aku tak berupaya macam sekarang .

2 comments:

titisss said...
This comment has been removed by the author.
titisss said...

Happy Women Day :)