Belakangan ni waku petang sangat panas . Sampai aku tak perlukan suara parents aku atau alarm clock untuk sedarkan aku dari mimpi petang yang selalunya merepek *tadi aku mimpi pergi Thailand lepas tu makan nasi -.-"
Masa aku menulis entri ni matahari baik punya tengah landing kat ufuk barat, depan rumah aku, tingkap sebelah kanan komputer aku . Fuh cantik , ada efek jingga , lalu aku merenung sekejap sebelah kanan .
Sambil teringat balik , dulu zaman sekolah lepas makan petang biasanya aku dengan seorang dua girlfriends akan berdiri hujung koridor paling atas , semata untuk melihat sunset . Dari hujung koridor tu boleh nampak Batu Caves , cahaya matahari berselang-selang dengan bongkah batu besar tu . Abstrak . Kat tempat lain tak nampak macam ni :)
Kesan tidur petang adalah senang dapat penyakit , contohnya kepala pusing . Macam aku sekarang ni .
Ouh ya , hari esok ada 2 perkara berlaku dan akan berlaku dalam hidup aku (setakat ni) .
24 Feb 2006 - Masuk asrama . Aku tak nangis , cool kan *bwek :P
24 Feb 2011 - Ujian JPJ *muka cool untuk cover hati berdebar
Serious masa SPM pun aku tak rasa macam ni . Terfikir jugak aku nak pengsan hari Khamis, hari Jumaat baru sedar .
Chill bebeh *senyum nampak lapan batang gigi
5 comments:
dkt thai hentam berapa pinggan :P
Tak sempat hentam pinggan weh , hentam nasi je :P
ujian jpj sng je kn?hahaha
http://bolatalk.blogspot.com/
gigi tu aset penting kau . tiada gigi maka tiada nuis . har-har-har
Mahal ni gigi aku , kau ada ke ? Takde kann ;)
Post a Comment