Assalamualaikum dan hai :)
Baru melepasi minggu-minggu yang sangatlah pack dan sekarang boleh la aku bernafas lebih sikit. Oh ya, study week bakal bermula dan maknanya finals akan menjelang. Ceh, ayat tak boleh blah.
Untuk semester ke-3 ni aku ambil Management of Human Mind II untuk ko-kurikulum sebab semester ke-2 dulu aku dah ambil Management of Human Mind. Kira sambung pelajaran sem lepas la. Dan lecturer yang mengajar bagi sem ni ustaz. Aku pernah post dulu pasal ustaz ni.
Hari ni kelas terakhir ustaz tu. Aku tak pernah ponteng kelas dia sebab aku rasa rugi sangat kalau tak dengar apa yang dia ajar setiap minggu. Well, hari ni dia ada pesan untuk kitaorang semua, dan aku nak share apa yang dia pesan sebab apa yang dia cakap tu betul-betul kena kat batang hidung aku yang tak mancung ni hahaha.
1) Kalau kita nak jadi orang yang berjaya, kena ada 3 perkara ni:
- kesihatan yang baik
- kepandaian/ mempunyai tahap intelektual yang tinggi
- kerohanian yang mantap
Kita kena ada kesihatan yang baik maknanya dari sekarang kena jadi sihat. Nak jadi sihat mesti jaga pemakanan. Hari tu masa ada pasar malam, roommate aku beli jeruk mangga. Dia pun pelawa la aku makan dan disebabkan aku ada test yang berderet-deret minggu ni aku pun cakaplah "mana boleh makan jeruk, nak test, nanti lupa pulak" dan roommate aku cakap, "hmm, jeruk tak makan, tapi maggi makan pulak. Sama jerr". Ye tak ye jugak apa yang dia cakap tu, memang kena tembak la aku hari tu. At last, aku pun makan jugak jeruk mangga hahaha.
Kepandaian. Eleh, sekarang ni nak belajar kat mana-mana pun ada. Nak yang kerajaan punya, yang swasta punya. Berlambak. Tapi, lepas habis belajar nanti hanya segelintir je yang betul-betul praktikkan apa yang diaorang belajar. Apply dalam hidup, bukan dalam answer booklet. Ingat, Allah meninggikan darjat orang yang belajar. Kat surau pun boleh belajar apa, dengar ceramah tu belajar jugak. Free pulak tu.
Kerohanian. Rohani kat sini bukan bermaksud ada asas agama yang kukuh semata-mata, tapi emosi. Macam mana nak urus emosi dari negatif kepada positif, dari apa yang ustaz tu pernah cakap, emosi kita adalah respon dari apa yang kita fikir. Kalau kita dengan cara yang positif, emosi kita jugak akan jadi positif. Senang cerita, positive thinking la. Dan kita kena yakin setiap yang berlaku tu mesti ada hikmah. Allah takkan saja-saja jadikan perkara tu berlaku tanpa sebab. Dari situ, kalau tadi kita nak marah sebab perkara yang kita tak suka tu terjadi, kita boleh bertenang lepas tu.
2) Hidup untuk beribadat.
Belajar adalah ibadat, test dan exam adalah ibadat, buat assignment adalah ibadat, makan tidur pun ibadat. Tapi semua ini hanya dikira ibadat bila kita buat demi Allah. Semata-mata kerana Allah. Selama ni kalau pergi site untuk buat assignment, tak pernah pun aku fikir "pergi site kerana Allah", tapi aku fikir, "kalau tak pergi site macam mana nak buat assignment". Kena tukar niat lepas ni. Sekarang ni kita, (pelajar) masih lagi dikategorikan sebagai fi sabillillah sebab belajar tu adalah di jalan Allah.
Yang ustaz tu tekankan kat sini adalah bila kita dah kerja nanti. Adakah kita kerja sebab nak dapat gaji semata-mata, atau kita nak beri manfaat kepada hamba Allah yang lain? Orang yang paling baik ialah orang yang paling banyak memberi manfaat kepada orang lain. Kalau kita niat, kerja kita nanti adalah untuk membantu ummah (baca: masyarakat), Allah akan tolong kita.
Tapi, macam mana kita nak bantu ummah? Mula-mula kita kena jadi orang yang terbaik, terbaik mengikut bidang masing-masing la. Kalau aku, pengurusan hartanah, tak boleh ke aku tukar sistem yang ada sekarang ni kepada yang lebih baik, kepada yang lebih membantu masyarakat, terutama sekali berkaitan pinjaman. Contoh kat sini, kita nak beli rumah pun makan masa 20 tahun baru habis bayar. Mungkin ada cara yang lebih mudah supaya masyarakat tak terbeban dengan hutang dalam tempoh masa yang lama.
Oleh yang demikian (ayat karangan), jadikanlah diri kita orang yang berbeza dari orang lain. Sebab apa?
Selama ni aku fikir nak belajar rajin-rajin, dapat pointer bagus, kerja yang baik dan dapat gaji tinggi. Nampak tak silap aku kat situ. Jadi, marilah kita ubah niat belajar sama-sama :)
Kalau kita belajar sebab nak dapat pointer tinggi, pointer tinggilah yang kita dapat. Kalau kita belajar sebab nak menambah ilmu dan jadi orang yang lebih baik supaya kita dapat menyebarkan kebaikan kepada masyarakat, maka itulah yang kita akan dapat, inshaAllah.
3) Kalau ada peluang untuk pergi ke mana-mana, pergi. Sebab dari situ kita akan cipta diri kita, bukan jumpa diri kita.
p/s : banyak pulak idea nak menulis, yelah mentang-mentang dah free.
p/s 2 : lepas ni mesti aku rindu kat ustaz tu, eh silap, rindu nak masuk kelas ustaz tu.
p/s 3 : semoga keluarga dan kawan-kawan kita berjaya fil imtiham fiddin fiddunya wa filaakhirah.
p/s 4 : kalau umur panjang, kalau ada rezeki, inshaAllah kita travel di bumi Allah.





3 comments:
p/s 3 .Amin ;)
Amiinnn :D
amin, pray for the best.
Post a Comment