Monday, February 6

Manusia

Sudah lama blog aku tidak diusik, ditinjau, mahupun dicurahkan segala yang ada dalam benak dan otak. Busy. Ya, aku busy.
Bulan November lepas aku dah masuk semester kedua. Terasa tua betul diri ni.
Dan aku boleh dikira sudah move on dan boleh hidup normal. Haha, mungkin hidup aku sebelum ini kurang normal.

Belajar di universiti banyak mengajar aku tentang perangai manusia. Aku boleh kata yang aku tak tahan dengan perangai hampir semua orang kat sana. Aku masih tak jumpa teman yang kepalanya sama dengan aku, seperti masa kat sekolah dulu. Aku rindu kawan sekolah aku.
Mungkin disebabkan kami dah dididik 5 tahun dalam keadaan dan situasi yang sama. Yang mana aku tak biasa dengan perangai kawan aku yang dari sekolah lain.

Kadang-kadang aku rasa depress bila mengenang diri aku kat sana. Lifeless, dan aku boleh jadi heartless. Kau tahu, aku tak tahu macam mana nak ekspresikan perasaan aku sekarang ni. Aku tak tahu.

Aku tak ada masalah dengan studies. Atau dengan roommates. Atau dengan duit dalam wallet aku.
Yang pasti aku ada masalah dengan hati aku sendiri. Aku tak bahagia kat sana. Aku tak bahagia macam waktu sekolah dulu. Aku tak tahu kenapa.

Kat sana tak ada seorang pun kawan yang sama minat dengan aku, sama jiwa dengan aku, sama rasa dengan aku. Diorang tak dengar muzik yang aku dengar. Diorang tak baca apa yang aku baca. Diorang tak tahu pun apa yang aku rasa. Dan aku sebenarnya letih menunggu manusia. Lagi letih dengan ungkitan manusia. Ya, aku letih, penat dengan manusia pengungkit.

Manusia pengungkit, tolonglah kau lenyap. Aku dah ada banyak manusia tak berterima kasih di sekeliling aku. Aku sedar kita semua tak sama. Tapi tolonglah, aku minta.

Dan aku tahu aku manusia bodoh pengecut penakut. Tak berani untuk tegur maksiat dan dosa depan mata. Ya, aku manusia hina. Hanya mampu tegur dalam hati, bukan dengan bibir sendiri.

4 comments:

najaam said...

chill :)

izztshm said...

Thanks jam :)

-_________-" said...

same goes to me, selemah2 iman, tak brani tego maksiat.

izztshm said...

Tegur dalam hati je yan -.-"