Monday, March 28

Langit Biru

Atas ni tajuk lagu Asboon (:

Langit memang biru , cantik bila cerah , tenang bila lembut .
Sama macam puncak Bukit Nanas semalam . Aktiviti pertama sejak jadi kelana *walaupun belum vigil

Dengan pakai seluar track , terus gerak Shah Alam . Agak lawak , tapi buat tak tau je , bukan ada orang kenal aku . Kalau pandang pun tak rasa aku dah lepas SPM . Haha . Lebih kurang sejam dalam bas , tak boleh tahan penat berdiri , aku hentam duduk atas lantai bas . Peduli apa orang nak kata , aku penat .

Dalam banyak banyak public transport , aku boleh cakap aku hanya cinta LRT Kelana Jaya Line . Star aku jarang naik jadi aku tak tau sangat . Nak tunggu pun tak lama , macam main teng-teng satu round je . Bunyi LRT ni boleh menaikkan adrenalin , cewah . Konon macam naik bullet train gitu .

Bas , aku boleh tahan sikit . Tak tahan sebab kena tunggu lama . Kalau servis up sikit mungkin aku jadikan nombor 2 dalam list aku , mungkin . Bunyi bas agak bising dan tidak menaikkan adrenalin . Bau macam macam ada dalam bas , sebab itulah aku tak boleh letakkan dalam list nombor 1 .

Teksi , sekali duduk ambik kau , RM3 . Mana tahan . Dari Sunway Piramid ke LRT Kelana Jaya pun dah RM20 . Aku sanggup tunggu bas tengah panas . Kalau aku anak Menteri Belia & Sukan macam Nadea tak apa la .

KTM , erghh ini paling durjana dan paling tak tahan dan paling tak boleh blah . Dah la ramai orang , nak tunggu lama haram , selalu delay pulak tu . Paling tak stabil kalau berdiri sebab kalau berhenti kita akan pegang orang kat depan , nasib baik ada ladies coach :D . Nak cakap selamat tak jugak , sebab bila orang ramai mesti ada yang seluk seluk , tak kira la lelaki ke perempuan . Aku pernah berdiri dan dikelilingi lelaki Bangla , masa tu ladies coach tak ada lagi , masyaAllah aku pandang lantai je , tak tahan bau . Girlfriends yang lain tau gelak je , cis . Sampai satu tahap , mungkin tahap langit agaknya , aku dan dengan girlfriends rasa nak bom aje KTM , sebab lambat sangat . Kalau bom mungkin kerajaan akan buat transport yang lebih berkualiti . Haha .

Monorail , aku seram naik menatang ni . Rasa tak selamat sebab dulu pernah ada orang cedera sebab tayar monorail terjatuh atas jalan raya dan kena kepala penunggang motor . Aku tengok orang yang cedera tu , seram betul . Kalau lalu bawah monorail pun aku seram , takut berulang lagi .

Semalam kitorang bahan budak budak Kuang dengan Kundang , sebab diorang ni duduk hulu , kampung pulak tu . Tetap jugak nak pertahankan tempat diorang , sebab nanti nak buat MRT . Lepas ni tak ada la masalah lagi kalau nak keluar kan kan kan :D

Kalau satu hari nanti ada bullet train kat Malaysia ni , aku nak cinta bullet train pulak la .

Nah gambar semalam , tak boleh letak banyak banyak nanti bosan

4 comments:

najaam said...

ceyh -,-

izztshm said...

Jeles ? ;)

Syafiqa Hayra Mohd Yusof said...

rupanya selama ni kau x follow aku :'( sedih sial .

izztshm said...

Tak follow bukan aku tak baca .
Aku tak amalkan i follow u , u follow i back .