Wednesday, February 16

Hari hari autistik

Bila kita rasa sendiri , sebenarnya kita tak pernah sendiri . Aku belum lagi sampai tahap skizo yang cakap sorang-sorang , setakat bercakap dengan dengan serbuk Milo dan tea bag tu biasa lah , kadang-kadang mesin basuh bosan tak buat kerja , dia panggil aku berborak sama . Tak pun aku yang bosan , lepas tu bercakap dengan peti ais , haram la peti ais nak balas cakap aku , dia dah ada ikan ayam sayur , mana la nak pandang aku ni .

Bila mata aku dah penat pandang screen sambil jari keletuk keletak atas keyboard , aku pandang peti talibesen , biasanya peti talibesen cakap sorang je petang-petang , sebab aku dah switch off . Kesian peti talibesen . Aku nak main basikal , aku dah lama tak main basikal (tiada ayat majmuk) . Basikal pulok tak ada , basikal adik aku tak best , basikal aku dah tak ingat kat mana . Aku rindu nak main basikal , aku reti kayuh basikal (sekali lagi tiada ayat majmuk) Apa kau ingat aku orang Korea ke tak reti kayuh basikal , orang Korea tau buat plastic surgery je .

Aku buka kabinet dapur , aku nampak Maggi , aku nak makan , bila aku nak masak je mak aku marah , 'Nasi ada buat apa makan Maggi' , Makanlah Maggi tu, botak nanti baru tau' . Aku terwonder , kalau badan aku banyak bahan pengawet , bila aku mati nanti lambatlah reput ye dak ? Ni teori aku , jangan memandai practise letak bahan pengawet kat mayat sesiapa .

Sat , aku tengah cari lagu dalam playlist aku:
Loneliness has got a hole on me - Law
Although loneliness has always been a friend of mine - Backstreet Boys
My loneliness is killing me - Britney Spears
Haiyoo , tak best betul lagu . Beberapa hari belakangan ni mood aku buat bungee jumping , aku terwonder kenapa tak buat skydiving terus , lagi extreme .



Aku bukan taknak jaga hati perasaan orang , tapi sampai bila aku nak jaga hati macam lagu Yovie&Nunu . Orang tu tak tau pun hati aku dah kena tikam dengan pisau rambo . Banyak kali , berdarah aku lap sendiri , luka aku jahit sendiri . Aku nak follow the flow je . Baik aku layan The Strokes , you wait for me I wait for you ;) Tak main lah dendam-dendam ni , kesian hati jadi tak tenang , balas dendam paling manis adalah memaafkan , quote ni aku tak ingat pernah baca kat mana .

Eh , peti talibesen dah panggil aku . Kesian dia duduk sorang-sorang sambil dengar bunyi jam .


p/s : you can't live without friends , but you will die without bestfriends -izz sue-

2 comments:

titisss said...

Are you OK?

izztshm said...

Yeah, okay okay .