Wednesday, January 19

Tips Semangat ke Sekolah

Belakangan ni kes sakit mental atau gangguan emosi yang dirawat di hospital meningkat 15.6% WOW .
Dan pelajar sekolah yang terlibat juga meningkat .

Aku terwonder , susah sangat ke sekolah tu sampai boleh sakit mental ? Sakit mental ni banyak kategori sebenarnya ,
1 . Neurosis mengalami perubahan dan gangguan tanpa menjejaskan kewarasan .
2 . Psikosis (sedap betul nama ni) perubahan ketara sehingga menjejaskan kewarasan , mengalami halusinansi dan bercakap/ketawa seorang diri .
3 . Kecelaruan personaliti seseorang yang mengalami kecacatan perwatakan dan karekter *macam Dr Jakeyll and Mr Hyde ke ?

Faktor sakit mental ni pun ada banyak , genetik , gangguan bahan kimia dalam otak , jangkitan virus , sejarah hidup dan keadaan sosio-ekonomi yang rendah . Nak lagi korang boleh baca kat sini .

Kembali pada perkara yang aku terwonder tadi , adik-adik yang tengah belajar phytagoras theoram mahupun quadratic function atau statistic tak perlu risau sebab benda tu semua tak akan buat adik-adik jadi gila ya . Kalau stress mungkin ya *aku dah tak ingat formula untuk cari median -.-"

Haaaa , tips bijak pandai untuk bersemangat ke sekolah *muqaddimah je panjang haram .
1 . Yang duduk rumah boleh salam parents , grandparents yang duduk sekali . Yang budak asrama boleh ketuk pintu warden dan salam dia dulu sebelum ke sekolah . Tak lupa juga pekerja dewan makan yang dah siapkan breakfast untuk korang . Baca doa dan setkan niat masa korang keluar rumah atau dorm .

2 . Pilih seorang gadis/lelaki yang korang rasa okay untuk korang tengok muka dia , ini untuk membuat korang lebih bersemangat ke sekolah . Tak pernah bercakap pun tak apa , asalkan korang dapat tengok muka . Dulu aku pun pernah jugak pilih lelaki yang boleh buat aku bersemangat pergi sekolah , tapi kebiasaannya aku akan tukar selepas 2 minggu . Bosan tengok muka yang sama *at last aku sangkut dekat sorang , bangang .

3 . Selepas beratur untuk perhimpunan dan letak beg dalam kelas , ajak seorang dua rakan korang untuk tengok jadual relief . Walaupun jadual ini untuk cikgu dan monitor kelas sahaja yang tengok , korang pergi je . Cikgu lain bukan tau pun korang ni monitor atau tak ;) Matlamat tengok jadual relief ni untuk korang set subjek apa yang korang kena belajar hari tu . Untuk subjek yang cikgunya bercuti, bermc atau berkursus , korang boleh plan nak buat apa waktu tu . Kalau aku , aku siapkan homework yang dah postpone tarikh submit beberapa kurun , baca buku teks sejarah , tak pun secara cool nya letak kepala atas meja sambil tutup mata .

4 . Plan apa yang korang nak makan waktu rehat nanti . Plan nak pergi koperasi atau kantin . Bajetkan duit belanja korang , ini penting untuk simpan duit beli prepaid , tiket wayang , alat untuk membuat senaman paru-paru *bagi yang berbuat demikian , komik gempakstarz dan bayar yuran persatuan serta duit khairat . Dengan ini korang tak akan rasa terbeban dengan masalah kewangan dan merasa senang hati di sekolah .

5 . Beli kerepek atau kacang 50sen kat kantin dan letak bawah meja . Kalau rasa-rasa mata ada gam korang boleh makan perlahan-lahan secara diam-diam . Kongsi atau pelawa rakan sebelah korang , sharing is loving :)

6 . Kalau ada lelaki yang kacau korang atau gadis yang senyum kat korang secara tiba-tiba , jangan tegur atau bercakap dengan dorang . Pandang depan dan teruskan berjalan . Korang akan nampak lebih cool . Atau korang boleh cuba buat muka pelik sambil kembangkan hidung pada tahap maksima *aku teringin nak buat .

7 . Jangan tengok jam waktu subjek yang korang tak suka , ini membuatkan korang rasa 'lamanya nak habis' . Tarik nafas , dan hayati waktu tu . 10 tahun lagi korang mesti rindu nak duduk dalam kelas tu balik *nak tunggu 10 tahun lama babe.

8 . 5 atau 10 minit sebelum balik , kemaskan barang korang cepat-cepat . Kalau korang lambat , kawan korang yang baik hati mahu sehidup semati je yang akan tunggu korang . Yang lain akan terus menonong balik sebab tak sabar nak makan nasi kawah dewan makan *perghh aku teringat ayam rempah dengan air oren sejuk dulu doh .

9 . Buat muka yang sangat ceria sewaktu melalui kelas yang belum balik lagi . Dengan ini akan membuatkan dorang jealous dan tidak concentrate dalam kelas . Korang pulak akan merasa bahagia tahap gaban tanpa memikirkan homework yang menanti untuk disiapkan semasa prep petang .

10 . Menjerit atau mencarut selepas balik sekolah boleh hilangkan penat dan stress . Kebiasaannya aku dan girlfriends yang lain akan membuat kedua-duanya sekali . Terutamanya semasa naik tangga , 'bodoh, tak boleh tinggi lagi ke tangga ni?' . Dan jerit 'aku nak paper star!!' , 'bangang la, bila nak habis kes Anwar ni ? bosan aku tengok' , 'siot gila, macam mana Jerman boleh kalah dengan Orenje ?'

Sampai sini je kot tips semangat aku , lepas ni nak buat tips pergi hari karnival , tips hari sukan , tips kokorikulum . Selamat tengah hari :)

4 comments:

Syafiqa Hayra Mohd Yusof said...

i really love this post !

izztshm said...

thanks pit :*

Syafiqa Hayra Mohd Yusof said...

nuffang tu untuk apa ? aku nampak suma ada menatang alah tu kat blog .

izztshm said...

Panjang kot kalau aku nak terangkan , kau tekan je .